Apa yang Anda Perlu Tahu
Jangka masa prosedur: 30 minit (pengeluaran telur)
Persediaan: Berpuasa sebelum prosedur ( tidak boleh makan dan minum)
Ubat ius/anestesia: Sedatif supaya tidak sedar dan tidak berasa sakit
Bermalam/rawatan harian Jagaan Harian. 3 jam selepas prosedur
Risiko/komplikasi prosedur: Risiko rendah. Ketidakselesaan di bahagian abdomen.
Jangka masa pemulihan: 30 min – 1 jam selepas prosedur. Tidak dibenarkan memandu dan aktiviti selama 48 jam.

Sebagaimana IVF mengubah nasib seorang wanita yang mengalami kerosakan tiub, ICSI (suntikan sperma intrasitoplasma) adalah salah satu rawatan kesuburan yang telah merevolusikan rawatan bagi infertiliti (ketidaksuburan) lelaki. Tanpanya, jutaan lelaki yang mempunyai sperma yang berkualiti rendah atau lemah berkemungkinan tidak akan dapat menimang cahaya mata. Selaras dengan peningkatan infertiliti (ketidaksuburan) lelaki di peringkat antarabangsa, semakin ramai pasangan yang telah beralih ke arah rawatan ICSI dalam usaha untuk hamil. Umumnya, rawatan ICSI mampu menghasilkan embrio walaupun kualiti sperma rendah, lemah mahupun sedikit.

Suntikan intrasitoplasma (rawatan ICSI) melibatkan suntikan tunggal sperma ke dalam telur bagi mencapai persenyawaan. Langkah-langkah yang terlibat adalah sama seperti IVF, melainkan proses di dalam makmal, dimana hanya satu sperma akan dipilih dengan menggunakan jarum yang halus untuk disuntikkan ke dalam telur.

Ini dilakukan bagi memperoleh telur yang berkualiti baik. ICSI amat berguna sekiranya masalah kesuburan berpunca dari kualiti sperma yang rendah. Dalam situasi ini, ketidakmampuan sperma untuk berinseminasi dan mempersenyawakan telur mungkin menjadi sebab pasangan suami isteri tidak hamil dan ICSI mampu memberikan satu-satunya sinar harapan buat mereka. Kadar kehamilan bagi ICSI adalah sama seperti IVF.

Monash IVF, merupakan perintis dunia dalam teknik ini dan kami berasa bangga untuk meneruskan legasi inovasi tradisi dan kejayaan ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan rawatan ICSI di Malaysia, sila lawati klinik kami atau hubungi kami.



Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau memutuskan untuk berhubung dengan kami, sila hubungi kami di

Atau hantarkan pertanyaan anda