Apa yang Anda Perlu Tahu
Jangka masa prosedur: 30 minit (proses telur diekstrak dari ovari)
Persediaan: Berpuasa sebelum prosedur (tidak dibenarkan makan dan minum)
Ubat bius/anestesia: Ubat bius berfungsi untuk menenangkan anda dan membebaskan anda dari rasa sakit
Bermalam/rawatan harian Rawatan harian. Keseluruhan prosedur mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Risiko/komplikasi prosedur: Risiko sangat rendah. Kembung perut dan tidak selesa
Jangka masa pemulihan: 30 minit hingga 1 jam selepas prosedur dijalankan. Tidak dibenarkan memandu dan bersenam dalam masa 48 jam selepas prosedur

Ingin mencuba rawatan IVF?

IVF (bayi tabung uji) adalah teknik persenyawaan telur dan sperma yang menyerupai proses persenyawaan secara semulajadi yang berlaku di dalam makmal. Sejak pengumuman kehamilan IVF pertama di Australia pada tahun 1973, harapan telah menjadi realiti untuk ramai pasangan yang mendambakan zuriat, termasuklah di negara seperti Malaysia, dimana kita berupaya merealisasikan impian pasangan untuk menimang cahaya mata. IVF adalah rawatan yang berkesan kepada hampir kesemua masalah kesuburan.

Walaupun perkhidmatan ini boleh didapati dengan meluas, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi serta perhatian yang terperinci dan dedikasi oleh pakar kesuburan dan para pakar embriologi adalah amat penting untuk mencapai purata kehamilan yang tinggi.

IVF merangkumi pengekstrakan telur dari ovari wanita, persenyawaan antara telur dan sperma pasangan, memindahkan embrio yang terhasil ke dalam rahim wanita pada 2 hingga 6 hari kemudian. Langkah-langkah prosedur ini termasuklah:

  1. Stimulasi ovari wanita dengan suntikan hormon untuk menghasilkan lebih banyak telur.
  2. Pengekstrakan telur dari ovari wanita.
  3. Mendapatkan sperma pasangan anda.
  4. Persenyawaan telur di dalam makmal
  5. Menempatkan embrio di dalam rahim.
  6. Menggunakan ubat-ubatan untuk menguatkan rahim sehingga hari ujian kehamilan dijalankan (2 minggu selepas pemindahan embrio).

Embrio yang berkualiti mempunyai kelebihan dalam proses pembekuan embrio dan boleh dimanfaatkan pada masa akan datang sekiranya pasangan tersebut mahu menimang cahaya mata seterusnya.

Kami di KL Fertility berbangga untuk menyediakan perkhidmatan IVF yang berkualiti tinggi, dengan kadar kejayaan/kehamilan yang tinggi, setanding dengan piawaian antarabangsa.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau memutuskan untuk berhubung dengan kami, sila hubungi kami di

Atau hantarkan pertanyaan anda